BUKU PANDUAN  HALALLAUNCHER PEMBIAYAAN

 

 

ASAS-ASAS HALALLAUNCHER

 

 

  1. 1. Apakah HALALLAUNCHER?

Terdapat beratus ribu orang di seluruh dunia yang mempunyai idea-idea yang hebat – jika direalisasikan -  boleh memberi impak yang positif kepada masyarakat. Halangan yang menghalang mereka untuk merealisasikan matlamat mereka ialah modal atau pembiayaan yang mereka perlukan untuk melaksanakan projek tersebut.

 

HALALLAUNCHER ialah Platform Pembiayaan Dwibahasa Halal Global yang pertama yang membenarkan anda untuk merealisasikan projek & idea yang halal, sama ada melalui pelancaran atau pembiayaan. 

 

Pembiayaan ialah latihan & proses membiaya sesuatu projek / idea dengan mengumpul sejumlah wang yang banyak daripada beberapa orang atau organisasi-organisasi di seluruh dunia, dengan menggunakan platform secara dalam talian seperti https://www.halallauncher.com.


Secara ringkasnya, HALALLAUNCHER adalah cara yang halal untuk individu, bisnes, dan badan amal untuk menemui, membiaya dan melancarkan projek dan idea yang halal. Ketahui lebih lanjut tentang pembiayaan halal disini.

 

Dengan HALALLAUNCHER, projek dan idea anda bukan sekadar mimpi.

 

 

  1. 2. Ianya mudah untuk melancarkan sesebuah projek

Yang Maha Kuasa berkata: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk kebaikan manusia kerana kamu telah dibesarkan untuk berkhidmat kepada orang lain; kamu berbuat segala perkara yang baik dan menolak kejahatan dan beriman kepada Allah.”  (Quran, 3:110) 

 

Di HALALLAUNCHER, kami mahu anda berjaya untuk berkhidmat kepada masyarakat, oleh itu kami memudahkan anda untuk melancarkan projek dengan menggunakan platform pembiayaan kami yang halal.

Malah, cuma terdapat dua kriteria yang anda perlukan untuk melancarkan projek anda bersama kami:

 

            

Jika projek anda memenuhi kriteria diatas, anda datang ke tempat yang betul untuk memulakan projek anda. Antara faedahnya ialah, di samping menegakkan nilai-nilai halal, platform kami adalah percuma. Jadi, apa yang anda tunggu lagi?

 

  • Ianya halal & boleh dipercayai
  • Kami merealisasikan impian halal anda menjadi!

 

 

  1. 3. Kami disini untuk menolong anda

Kami tahu bahawa projek dan idea hebat memerlukan sokongan. Itulah sebabnya kami disini, menyasarkan untuk menjadikan idea halal ANDA menjadi realiti.

 

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kami bekerja dengan membaca informasi langkah demi langkah yang kami sediakan pada BUKU PANDUAN, dan pada blog kami dan pada halaman FAQ kami.

Jika anda mempunyai soalan, anda boleh menghubungi ke talian kami.

 

 

  1. 4. Dasar Amanah & Keselamatan

Di HALALLAUNCHER, kami komited untuk memastikan keselamatan anda, dan membina persekitaran yang dipercayai, dimana anda rasa dilindungi. Kami menggabungkan mekanisme berbeza untuk memastikan Amanah & Keselamatan pelanggan kami.

 

Kami telah melaksanakan gabungan mekanisme Penjamin, maklum balas masyarakat, kesederhanaan projek dan mekanisme data peribadi pengguna untuk memastikan anda berasa selamat. Kakitangan Amanah & Keselamatan memeriksa maklumat projek dan pemilik projek, untuk membekalkan anda projek terbaik yang memberi faedah kepada anda, iaitu Ummah dan masyarakat yang lebih besar.

 

  1. 5. Model Pembiayaan Fleksibel & Tetap

Melancarkan projek melalui HALALLAUNCHER adalah percuma. Walau bagaimanapun, kami mengenakan caj yuran pentadbiran untuk perkhidmatan ini terjadi. 

Apabila anda melancarkan projek dengan kami, kami memberikan anda pilihan antara Model Pembiayaan Tetap atau Model Pembiayaan Fleksibel. 

 

Dengan model TETAP:

  • Anda akan menerima wang yang anda kumpulkan JIKA anda mencapai matlamat anda, dan akan dikenakan caj 5% yuran pentadbiran.
  • Jika anda tidak mencapai matlamat, anda tidak boleh mengambil Wang yang telah dikumpulkan, penyumbang anda akan dibayar balik dan anda tidak akan dikenakan sebarang caj.

 

Dengan model FLEKSIBEL:

  • Anda akan menerima wang yang telah dikumpulkan, sama ada anda telah mencapai matlamat ataupun tidak.
  • Jika anda tidak mencapai matlamat, anda akan dikenakan caj 5% yuran pentadbiran, dan jika anda mencapai matlamat, cuma 5%. Untuk lebih memahami harga dan yuran, sila rujuk jadual di bawah.

Apabila anda menerima dana, terdapat bayaran tambahan  3-5%, bergantung kepada pilihan jenis bayaran, negara, etc. 

 

Model TETAP

 

Model FLEKSIBEL

 

 
 
5% 5% Jika mencapai matlamat
0% - penyumbang akan dibayar balik. Yuran parti ketiga tidak akan dikenakan untuk sumbangan yang dibayar balik. 5% - anda akan mendapat apa yang anda telah perolehi. Ini menggalakan pemilik projek/kempen menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan mempromosikan kempen mereka. Jika tidak mencapai matlamat
3-5% untuk pemprosesan kad kredit atau Stripe (berbeza bergantung institusi kewangan)

$25 bayaran kredit: Dikenakan caj apabila kempen bukan UK memperolehi dana melalui Kad Kredit Langsung. Dana akan dikreditkan sekaligus kepada akaun bank bukan UK setelah kempen tamat.

Bayaran tambahan pertukaran mata wang juga akan dikenakan.


Yuran Parti Ketiga

 

Ketahui lebih lanjut tentang HALALLAUNCHER yuran dan bayaran disini.

 

 

  1. 6. Menyumbang kepada projek halal diberi ganjaran pada Dunia dan Akhirat

Hadis yang terkenal oleh Nabi Muhammad (SAW) menyatakan: "Apabila seseorang lelaki itu mati, amalannya berakhir kecuali tiga: Amal yang berterusan, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa untuknya." (Muslim, 3084).

Terdapat banyak unsur-unsur motivasi dalam menyumbang kepada projek halal, tetapi yang paling penting di antara mereka adalah janji pahala, kedua-dua dalam Dunia dan Akhirat. Walaupun tujuan hidup setiap Muslim adalah untuk mencapai kepuasan dan keredhaanNya, umat Islam lebih bersemangat untuk menyokong projek-projek yang menjanjikan pahala dalam Dunia dan Akhirat. Jadi, perlu diingat bahawa projek-projek yang memberikan manfaat maksimum kepada penyumbang dan masyarakat di dunia dan di akhirat akan mencapai matlamat pembiayaan mereka lebih cepat.

Sebagai ganjaran bagi sumbangan mereka anda boleh menawarkan penyumbang insentif hebat daripada kempen atau pengalaman yang dipanggil “Pahala” atau “Faedah”. Kebanyakkan projek di HALALLAUNCHER.COM berada dalam kategori “sadaqah jariyah”, yang bersinambung dengan sadaqah / amal. Apabila anda menyumbang kepada projek-projek ini, anda akan sentiasa mengumpul ganjaran daripada mereka selagi ianya memberi manfaat kepada masyarakat – tidak kira anda telah meninggal ataupun belum.  

 


 

 

APA YANG MENDORONG PENYUMBANG

 

 

Pahala berterusan di dunia dan seterusnya

Banyak faktor yang mendorong penyumbang untuk menyumbang kepada projek yang member faedah, tetapi yang paling penting ialah pahala, di dunia mahuoun di Akhirat. Anda akan mendapati banyak projek dalam HALALLAUNCHER berada dalam kategori “sadaqah jariyah”. 

 

Ia juga berkenaan siapa yang anda kenal

Penyumbang selalunya menyumbang kepada projek yang dilancarkan atau disokong oleh orang yang mereka kenali dan percayai, seperti saudara mara, rakan, rakan sekerja, pemimpin Islam dan orang yang bereputasi.

 

Semangat

Dalam sesetengah kes, sesuatu projek disokong kerana mereka menyukainya. Contohnya, sesetengah orang menyokong projek yang berkaitan dengan mendidik kanak-kanak, projek yang berkaitan dengan sukan, projek kesihatan, dan lain-lain lagi.

 

Menjadi sebahagian daripada sesuatu yang besar

Sesetengah penyumbang didorong oleh keinginan untuk menyertai sesuatu yang besar, contohnya seperti membina masjid, sekolah atau usaha teknologi.

 

Cari projek yang anda minati disini, berikan sumbangan, dan membantu menjadikannya projek halal yang berguna. Ketahui lebih lanjut tentang menyumbang disini.

 

TEMUI KEPADA PROJEK

 


 

SEBELUM ANDA BERMULA

 

Sekarang anda tahu bahawa projek anda boleh direalisasikan, anda mungkin teruja untuk memulakannya. Disini merupakan maklumat penting yang kami telah kumpul untuk memastikan anda mendapat manfaat yang maksimum ketika menggunakan HALALLAUNCHER. Sila baca bahagian ini sebelum anda melancarkan kempen anda:

 

 

  1. 1. Renungi niat anda

Nabi Muhammad (SAW) telah menyatakan setiap tindakan akan diadili mengikut niatnya. Tindakan kepada dunia ini akan memberi pahala kepada anda di dunia ini.  Tetapi, tindakan untuk dunia ini, dan hidup seterusnya, akan memberi pahala pada kedua-dua kehidupan, inshaAllah. 

Walaupun pada pandangan pertama, projek anda nampak seperti tidak ada kaitan dengan kehidupan seterusnya, tetapi dengan merenungkan hasil yang ianya memang sesuatu akan memberikan anda pahala di kedua-dua dunia.

Contohnya, jika anda mengumpul dana untuk seorang pelajar yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi untuk melanjutkan pelajaran, pada mulanya ia akan kelihatan seperti anda cuma membantunya di dunia ini. Tetapi, pertimbangkan tentang kesan jangka panjang tindakan tersebut: pelajar tersebut inshaAllah akan berdoa untuk anda, apabila pelajar tersebut telah menamatkan pelajaran, dia mungkin boleh membantu kedua ibu-bapanya, dan ibu-bapanya juga berdoa untuk anda. Jadi apabila anda ingin membuat hasrat, cuba untuk mengaitkannya dengan kehidupan akan datang, Yang Mahakuasa akan memberkatinya dengan kejayaan.

 

 

 

  1. 2. Bayangkan projek anda

Ambil masa untuk membayangkan projek anda apabila ianya direalisasikan – bagaimana ia akan mengubah kehidupan, bagaimana ia akan member faedah kepada masyarakat, bagaimana anda rasa apabila ia telah direalisasikan. Bayangkan bukan sahaja kepuasan yang akan anda rasa, tetapi juga pahala inshaAllah yang akan anda terima di kehidupan akan datang.

 

  1. 3. Lihat kempen-kempen lain

Lihat kempen-kempen lain pada laman web kami. Tanya kepada diri anda soalan ini:

  • Apa yang anda suka tentangnya?
  • Bagaimana ia boleh menjadi lebih menarik?
  • Apa maklumat yang tidak lengkap daripada mereka?
  • Berjayakah kempen tersebut dalam mencapai matlamat setakat ini?

 

Dengan melihat kempen-kempen lain, anda akan lebih memahami apa yang berfungsi dan tidak berfungsi, dan anda boleh melaksanakan maklumat penting apabila anda melancarkan kempen anda di HALALLAUNCHER.

 

  1. 4. Rancang kempen anda

Merancang sangat penting apabila ingin melancarkan kempen yang berjaya. Ambil pen dan kertas, dan tanya kepada diri anda soalan penting ini:

 

  • Siapakah sasaran penonton anda?
  • Anda perlukan pasukan? Jika ya, siapakah yang anda akan panggil untuk meminta pertolongan untuk kempen ini?
  • Bagaimana anda akan mempromosikan kempen ini?
  • Apakah sumber yang anda ada pada anda untuk membolehkan anda untuk memulakan dan mengekalkan kempen ini? Sebagai contoh, adakah anda mempunyai laman Facebook, dan lain-lain akaun media sosial, yang anda boleh gunakan untuk mempromosikan kempen? Adakah anda mempunyai dana untuk mencetak risalah dan lain-lain yang membolehkan orang ramai tahu mengenai kempen ini?
  • Dapatkah anda mendapat bantuan penyumbang dalam aspek kempen yang memerlukan dana seperti hadiah, dan lain-lain?
  • Berapakah jumlah sasaran anda – berapakah yang anda perlu kumpul untuk memastikan projek anda berjaya?

 

  1. 5. Buat satu pasukan

Walaupun kadang-kadang ianya seperti mudah untuk melakukan segala-galanya tanpa pertolongan sesiapa, kajian menunjukkan bahawa kempen yang melibatkan pasukan, dengan setiap individu mempunyai tugasan sendiri, adalah lebih menguntungkan. Peranan penting yang dipertimbangkan ialah, strategi pembangunan, kajian pemasaran, perhubungan awam dan sokongan penyumbang.

 

  1. 6. Cari Penjamin yang sesuai dan bereputasi untuk projek anda

HALALLAUNCHER menggunakan mekanisme Penjamin untuk memastikan terdapat tahap keyakinan antara penyumbang dan pemilik projek / kempen. Seorang penjamin adalah mana-mana orang yang bereputasi yang akan dilihat sebagai seorang yang boleh dipercayai oleh sasaran penonton anda, contohnya, Imam tempatan, ulama Islam, pakar industri atau selebriti.

 

Walaupun ia bukan undang-undang dan titik mandatori bagi Projek / Kempen untuk ditempatkan di HALALLAUNCHER, kami mengesyorkan agar Pemilik Projek / Kempen tidak menghiraukan mekanisme ini dan mencari Penjamin untuk Projek anda daripada orang-orang yang boleh dipercayai dari komuniti anda, dan pakar-pakar domain.

 

  1. 7. Buat satu kempen yang fokus dengan matlmat yang jelas

Idea anda mungkin besar, dan ianya tidak apa-apa. Tetapi untuk membuat ia kelihatan boleh dicapai, untuk diri sendiri dan untuk penyumbang berpotensi anda, ia adalah penting untuk memastikan ia mudah dan fokus dan memecahkan ia ke dalam jangka pendek, jangka sederhana dan matlamat jangka panjang.

 

 

 

  1. 8. Rekod dan kongsi video

Video merupakan kaedah yang pantas dan berkesan untuk meyakinkan orang untuk membeli produk projek anda. Medium visual merupakan sesuatu yang berkuasa, dan apabila orang boleh melihat, merasa dan mendengar semangat anda pada projek anda, mereka kemungkinan besar akan menyokong anda.

 

Pastikan anda mengingati yang berikut apabila anda merakam video anda:

  • Beritahu penonton tentang diri anda.
  • Beritahu mereka tentang idea atau projek anda.
  • Terangkan mengapa anda memerlukan dana untuk melaksanakan projek anda.
  • Beritahu mereka berapa jumlah dana yang anda perlukan.
  • Beritahu mereka sejauh mana anda telah tempuhi.
  • Pastikan video anda pendek (tidak lebih daripada 2 hingga 3 minit), menginspirasikan dan ringkas.
  • Sila lihat Syarat Penggunaan kami sebelum anda merekod video.

 

  1. 9. Buat Jadual

Jangan menetapkan tarikh secara rawak untuk melancarkan kempen anda. Kajian menyatakan bahawa Isnin dan Selasa merupakan hari yang baik untuk melancarkannya, dan elakkan daripada melancarkan kempen pada hujung minggu dan pada musim cuti.

Setelah anda menetapkan tarikh untuk melancarkan kempen anda, pastikan semua sistem berjalan dengan lancar sebelum hari pelancaran.

 

Anda juga patut menetapkan dari awal, berapa lama kempen anda akan dilancarkan. Kajian kami mendapati kempen seharusnya dalam lebih kurang satu bulan setengah, kerana ianya sukar untuk menjaga minat penyumbang, dan sumber tambahan yang diperlukan.

 

  1. 10. Berfikir jauh ke hadapan

Jangan fikir penyumbang dari segi kewangan sahaja. Pertimbangkan apa jenis bantuan yang mereka boleh berikan kepada anda (selain dari sumbangan dari segi kewangan) dan masukkannya ke dalam kempen anda. Contohnya, bolehkah mereka mencuba produk anda? Bolehkah mereka memasarkan idea anda? Apa yang mereka boleh lakukan? 

 

 

 

  1. 11. Cipta ganjaran

Ganjaran dan insentif adalah sesuatu yang berguna untuk menggalakkan orang awam membeli hadiah. 

Ganjaran dan insentif termasuklah:

  • Ganjaran peribadi seperti menunjukkan rasa terima kasih atas sumbangan seseorang melalui nota ucapan terima kasih, atau menyebut nama mereka di laman web anda, dan juga pada platform media sosial yang lain.
  • Ganjaran material seperti topi, kemeja-T, pen, beg, dll. (jika barang-barang ini membawa logo projek anda ini juga akan berfungsi sebagai satu cara untuk mempromosikan jenama anda).
  • Hadiah lain-lain yang percuma seperti tiket pawagam dan teater, atau masuk percuma ke acara-acara khas.

 

Ianya penting untuk mempunyai satu struktur ganjaran. Jadi sebagai contoh, sumbangan sebanyak $25 memberi hak kepada penyumbang untuk dihargai di laman web anda, sumbangan $50 memberi hak kepada individu tersebut  untuk diberi hadiah percuma, dan lain-lain.

 

Perhatikan kempen-kempen lain untuk mendapatkan idea-idea bagaimana untuk merangka ganjaran anda, dan jenis ganjaran / faedah untuk ditawarkan.

 

Anda juga perlu mempunyai bajet untuk ganjaran, atau hanya menawarkan ganjaran untuk kumpulan pertama yang menyumbang,kerana material ganjaran boleh menjadi mahal, terutama apabila anda mempertimbangkan kos pos antarabangsa. Anda mungkin mahu memikirkan tentang ini dengan lebih lanjut, dan mempertimbangkan untuk hanya menawarkan ganjaran seperti material kepada penyumbang tempatan. 

 

Anda juga perlu memberitahu penyumbang bahawa mereka hanya boleh menerima ganjaran mereka jika anda mencapai matlamat pembiayaan anda. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi beberapa perniagaan atau organisasi dan meminta mereka untuk menaja ganjaran seperti CD audio / DVD, buku, dan lain-lain)

 

HALALLAUNCHER telah menjadikan ianya mudah untuk anda menjana pendapatan, dengan memasukkan pilihan 'Ganjaran Khas', yang boleh anda pilih apabila menyiarkan promosi anda. 

Pilihan ini boleh didapati pada Panel Ganjaran kami. Pada panel ini anda boleh mempamerkan ganjaran yang paling menarik dalam kempen yang anda tawarkan. 

 

  1. 12. Pilih model pembiayaan yang terbaik sesuai dengan kempen anda

Terdapat 2 cara pembiayaan yang membuat HALALLAUNCHER lebih fleksibel kepada pemilik projek / kempen. Ini adalah sangat penting untuk diketahui:

 

Tetap dan Fleksibel:

 

Model pembiayaan yang fleksibel adalah sesuai jika anda bersetuju untuk mendapatkan jumlah wang yang dikumpulkan semasa kempen anda. Banyak kempen memilih pilihan yang fleksibel kerana ia membolehkan mereka mencapai matlamat mereka. Model Fleksibel biasanya paling sesuai untuk semua kempen.

 

Tetapi jika kempen anda memerlukan jumlah wang yang minimum untuk membawa projek anda kepada kehidupan serta melaksanakan janji-janji ganjaran, anda boleh memilih model Tetap. Dengan saluran ini, anda akan mendapat semua wang atau wang yang diperoleh bergantung kepada sama ada anda mencapai matlamat pembiayaan anda atau tidak. 

 

  1. 13. Takrifkan dan mengira matlamat pembiayaan anda

Pertimbangkan  matlamat anda dengan memberi perhatian kepada yang berikut:

 

  • Ia sentiasa lebih mudah untuk bermula dengan jumlah yang kecil.
  • Tentukan matlamat anda berdasarkan bilangan kenalan yang anda ada. Pada dasarnya orang-orang yang anda kenal secara peribadi harus menyumbang 1/3 daripada dana yang anda perlukan.
  • Perlu diingat bahawa anda perlu membayar sedikit yuran.
  • Jangan lupa bahawa ganjaran yang anda tawarkan boleh melebihi kos daripada yang anda jangkakan - bergantung kepada pembuatan dan penghantaran kos.

 


 

 

MELANCARKAN KEMPEN ANDA

 

 

Setelah kempen anda dilancarkan, anda boleh ikuti langkah berikut untuk memastikan anda mencapai matlamat anda:

 

  1. 1. Mulakan dengan orang yang anda kenal

Aktifkan semua kenalan dalam pelbagai rangkaian anda, dengan bertanya kepada mereka untuk menyumbang. Minta mereka untuk membiarkan orang lain tahu tentang kempen anda. Dengan cara ini anda boleh mengumpul kira-kira 30% daripada apa yang anda perlukan.

 

 

  1. 2. Sebarkan berita tentang kempen anda

Ia adalah penting untuk anda memberitahu seberapa ramai orang tentang kempen anda. Cipta intensif, pelbagaikan saluran maklumat atau kedua-duanya. Begitu juga melalui internet, gunakan ia sebagai medium pemasaran (seperti risalah, poster dan perkataan melalui mulut).

 

Media sosial adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menyebarkan sesuatu, bukan hanya untuk kenalan terdekat anda, tetapi untuk pengguna internet di seluruh dunia. Gunakan medium ini untuk sentiasa memberitahu penonton sasaran anda tentang kempen anda dengan:

  • Memuat naik gambar yang berkaitan dengan kempen anda sebagai contoh, pasukan anda, orang-orang yang mendapat manfaat dari projek anda, dan lain-lain di Facebook, Twitter dan Instagram, dan masukkan rangkaian untuk ke kempen anda.
  • Memuat naik klip video yang pendek tentang kempen anda pada platform media social.
  • Mengemas kini media sosial anda (Facebook dan Twitter) dengan status yang menarik, maklumat inspirasi tentang projek atau hanya membiarkan mereka tahu berapa banyak dana yang anda telah kumpulkan setakat ini, dan menggalakkan mereka untuk terus menyumbang.
  • Sering menghantar e-mel dan mesej siaran pada aplikasi telefon seperti WhatsApp, memaklumkan dan mengemas kini orang ramai tentang kempen anda, dan memberitahu mereka bagaimana untuk menyumbang.

 

Rangkaian sosial yang paling terkenal akan membantu anda untuk berkomunikasi dengan wartawan yang boleh menulis artikel tentang projek anda - lebih banyak mereka tulis, lebih banyak sumbangan yang anda mungkin akan terima. 

 

  1. 3. Sentiasa berhubung dengan penonton ketika sedang berkempen

Beri perhatian kepada penyumbang yang menunjukkan minat dalam kempen anda. Jangan lupa untuk menyempurnakan ganjaran mereka (jika anda mampu untuk berbuat demikian, sebelum anda mencapai matlamat anda) dan menggalakkan mereka untuk membantu di masa akan datang.

Berterima kasih kepada mereka atas sumbangan mereka dengan membuat  satu template ucapan terima kasih yang anda boleh hantar kepada mereka apabila mereka membuat sumbangan. 

 

Sentiasa memberitahu mereka mengenai kemajuan kempen anda pada setiap minggu, dengan menghantar maklumat baru dan menarik, dan memberitahu mereka tentang apa-apa perubahan yang anda telah laksanakan dalam proses kempen anda, atau jika mungkin ada kelewatan dalam perlaksanaan ganjaran mereka. Jangan berlengah untuk bertindak balas kepada komen atau pertanyaan mengenai laman kempen anda, dan pastikan pengunjung ke laman anda diberitahu mengenai jumlah wang yang anda telah kumpul setakat ini. Ingat terhadap cadangan mereka untuk masa depan (dan berterima kasih kepada mereka untuk ini), kerana ia boleh meningkatkan kualiti projek anda. 

 


 

 

PENGHUJUNG KEMPEN ANDA

 

 

 

Setelah kempen anda telah selesai:

 

 

  1. 1. Laksanakan ganjaran penyumbang dan tunaikan janji anda

Laksanakan ganjaran yang anda telah janjikan kepada penyumbang jika:

  • Anda memilih Pembiayaan Fleksibel dan anda dapat mengumpul dana yang cukup untuk menampung perlaksanaan ganjaran.
  • Anda memilih Pembiayaan Tetap dan anda telah mencapai matlamat pengumpulan dana.

 

Jangan laksanakan ganjaran anda jika anda memilih Pembiayaan Tetap dan anda tidak mencapai matlamat pengumpulan dana.

 

  1. 2. Menerima wang anda

Apabila kempen anda telah sampai ke penghujung, HALALLAUNCHER akan membayar wang yang anda terima melalui Stripe atau melalui pemindahan bank.

Bagaimana kami menghantar wang anda adalah bergantung kepada bagaimana kempen anda menerima sumbangan. Dalam kata lain:

  • Sumbangan yang diterima melalui Stripe akan dihantar ke akaun Stripe anda.
  • Sumbangan yang diterima melalui kad kredit akan dihantar ke akaun bank anda.

 

 

  1. 3. Bersedia untuk melancarkan kempen anda yang seterusnya dengan HALALLAUNCHER

 

Ingat bahawa kami sentiasa disini untuk membantu anda. Jika anda berjaya melancarkan projek melalui HALALLAUNCHER, apa kata anda melancarkan projek halal yang lain yang berguna untuk diri sendiri dan juga Ummah. InshaAllah, kami akan cuba yang terbaik untuk membantu anda!

 

HalalLauncher uses the cookies to make the site simpler. Find out more about cookies

x

Ok