Bagaimana ia Berfungsi

HALALLAUNCHER ialah Platform Pembiayaan Dwibahasa Halal yang pertama di Dunia yang membenarkan anda untuk merealisasikan projek & idea anda yang halal, sama ada melalui pelancaran atau pembiayaan anda sendiri.

Ramai orang di dunia ini yang mempunyai idea-idea hebat, jika direalisasikan, boleh memberi impak yang positif kepada masyarakat. Halangan yang menghalang mereka untuk merealisasikan matlamat mereka ialah modal atau pembiayaan yang mereka perlukan untuk melaksanakan projek tersebut.

 

Contohnya, jika anda seorang Pemilik Projek / Kempen di HALALLAUNCHER, projek anda boleh menjadi satu kejayaan teknologi, aplikasi telefon, buku, perkhidmatan pendidikan, projek perubatan & kesihatan, kebajikan masyarakat, kemudahan dawah, masjid/madrasa, projek yang berkaitan dengan sukan, bisnes yang berkaitan dengan makanan, inisiatif yang berunsurkan alam sekitar, gabungan seni & reka bentuk, permainan, atau apa-apa sahaja yang halal dan berguna untuk seseorang individu, Ummah dan masyarakat.

HALALLAUNCHER sesuai untuk individu, bisnes dan badan kebajikan.

 

Jika anda seorang Penyumbang HALALLAUNCHER memberikan anda peluang untuk mendapat pahala di kehidupan ini dan kehidupan seterusnya dengan menyumbang kepada projek halal & inisiatif yang boleh membawa perubahan yang bagus. Anda boleh mendapat apa yang anda cari pada surat berita kami, pada laman kami, blog, atau pada media sosial. Terdapat 18 kategori pada HALALLAUNCHER: teknologi, aplikasi & web, pendidikan, buku & penulisan, sukan, kesihatan & perubatan, masjid & madrasa, alam sekitar, peribadi, dan lain-lain. Buat perubahan dan jadi sebahagian daripada sesuatu yang positif. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila baca Buku Panduan Menyumbang kami.

1. Lancarkan projek halal anda dengan HALALLAUNCHER.COM!

 

2. Ceritakan kisah anda kepada rakan, komuniti, Ummah dan seluruh masyarakat. Minta sokongan daripada mereka untuk projek anda!

 

3. Biaya projek anda dan realisasikan impian halal anda!

 

HALALLAUNCHER.com

Impikan halal. Lancarkan halal. Sokong halal.

Ketahui lebih lanjut tentang menyumbang kepada projek atau mengenai melancarkan sesuatu kempen.
Anda mempunyai projek, idea atau inisiatif halal yang boleh memberikan impak positing kepada masyarkat: Lancarkan projek anda dengan HALALLAUNCHER.COM!
Anda ingin mendapat pahala di kehidupan ini dan kehidupan seterusnya dengan menyumbang kepada projek dan idea inovatif yang halal? Sokong projek dan idea halal di HALALLAUNCHER.COM!

Kebanyakan projek di HALALLAUNCHER.COM berada di status “sadaqah jariyah,” yang bermaksud amal yang berterusan. Anda, Ummah, dan masyarakat akan mendapat faedah daripada menyumbang kepada projek halal di dunia dan akhirat, InshaAllah, inshaAllah!

HalalLauncher uses the cookies to make the site simpler. Find out more about cookies

x

Ok